3 C
New York
Friday, January 31, 2025

Leapmotor C10 ditunjuk di Malaysia dalam versi RHD — 218 PS, bateri 69.9 kWh, jarak 420 km WLTP


Leapmotor C10 ditunjuk di Malaysia dalam versi RHD — 218 PS, bateri 69.9 kWh, jarak 420 km WLTP

Pertama kali ditunjuk di sini pada Mei lalu, dan kemudian pernah dilihat sedang diuji bulan lalu, Leapmotor C10 kini dipertontonkan secara rasmi di Malaysia. Pengedarnya, Stellantis Malaysia mempamerkan kereta ini versi pemanduan sebelah kanan sebelum pelancarannya yang dijangka diadakan pada Oktober nanti.

SUV elektrik ini merupakan mannequin pertama Leapmotor (nama Cinanya Ling Pao, dan boleh dilihat logi LP turut digunakan) untuk pasaran Malaysia. Mempunyai ukuran dimensi 4,739 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,680 mm tinggi dan jarak roda 2,825 mm, SUV dalam segmen D ini akan bersaing dengan mannequin seperti Proton X90 dan Chery Tiggo 8 Professional — tetapi hanya hadir dengan lima-tempat duduk sahaja. Dalam kalangan EV, C10 ini akan menjadi pesaing kepada BYD Atto 3 dan juga Proton eMas 7.

Leapmotor C10 ditunjuk di Malaysia dalam versi RHD — 218 PS, bateri 69.9 kWh, jarak 420 km WLTP

Spesifikasi bagi mannequin tempatan masih belum didedahkan, tetapi ada beberapa perkara yang sudah disahkan bagi penawarannya di Malaysia. Unit yang ditunjuk ini menggunakan motor tunggal pacuan roda belakang — sama seperti yang ditawarkan di pasaran international, termasuk Australia. Motor berkenaan mempunyai output 218 PS (160 kW).

Untuk bateri, ia menggunakan jenis lithium iron phosphate (LFP), dengan dua kapasiti sebagai pilihan — 52.9 kWh dan 69.9 kWh. Bagaimanapun di Malaysia, hanya bateri kapasti lebih tinggi itu akan ditawarkan di sini.

Jarak perjalanan bagi unit spesifikasi international C10 menyatakan 420 km kitaran WLTP boleh dicapai bagi satu cas penuh. Belum ada petunjuk tentang kapasiti pengecas AC dalamannya (11 atau 22 kW), begitu juga belum disahkah kadar maksimum pengecasan DC. Namun laman internet Leapmotor menyatakan yang bateri LFP ini boleh dicas dari 30%-80% SoC dalam masa 30 minit menggunakan pengecasan DC.

Leapmotor C10 ditunjuk di Malaysia dalam versi RHD — 218 PS, bateri 69.9 kWh, jarak 420 km WLTP

Bagi pasaran Australia, dua varian Leapmotor C10 akan dijual di sana, Fashion dan Design. Malaysia mungkin akan menerima satu daripadanya iaitu spesifikasi lebih tinggi Design, dengan rim 20-inci (18-inci untuk varian Fashion), yang pada unit yang ditunjukkan ini diberikan tayar Dunlop e.Sport Maxx bersaiz 245/45.

Varian Design ini juga menampilkan balutan kerusi kulit silikon Oeko-Tex (yang kalis cecair dan mesra bayi) serta ciri pintu kargo berkuasa, seperti yang dapat dilihat pada unit yang dipertontonkan ini bersama dengan pilihan warna kabin dalamannya.

Kelengkapan lain yang ditawarkan secara customary bagi Leapmotor C10 ialah skrin sentuh infotainmen 14.6-inci, dengan tunjuk arah satelit, Wi-Fi, Bluetooth (tiada Apple CarPlay atau Android Auto), dan juga kluster instrumen digital 10.25-inci serta sistem kawalan pendingin dua zon.

Lain-lain kelengkapan terdiri daripada bumbung kaca tetap panoramik dengan penghadang matahari larasan elektrik, sistem audio dengan 12-pembesar suara, kerusi depan berliang dengan pemanas, pengecas telefon tanpa wayar, lampu ambient dan kad kunci NFC — yang perlu diletak di konsol tengah untuk menghidupkan kenderaan ini.

Turut diberi petunjuk ialah versi international C10 ini akan menerima suspensi talaan Maserati yang khusus untuk pasaran eksport. Untuk keselamatan, C10 dilengkapi dengan tujuh beg udara, ADAS Tahap 2 dengan 16 fungsi berkaitan (pasaran eksport bagaimanapun tidak akan menerima Lidar seperti di China) serta kamera 360-darjah. Stellantis menjangkakan C10 ini akan menerima penarafan Euro NCAP lima-bintang tidak lama lagi.

Untuk harga, masih belum ada sebarang petunjuk yang tepat untuk Leapmotor C10. Stellantis Malaysia bagaimanapaun sebelum ini menyatakan yang harganya akan berada dalam lingkungan yang sama dengan kebanyakan EV standard di Malaysia. Ini mungkin merujuk kepada BYD Atto 3 (RM149,800). Apa pun, semuanya akan disahkan ketika pelancarannya nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles